orang yang mencintai kamu

orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik,waaupun mungkin kamu marasa berat badan kamu sudah bertambah.
orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti 'selamat pagi', 'seamat hari jadi', 'selamat malam', 'take care', dan lain-lain lagi.walaupun kamu tidak membalas sms-nya,kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeza,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
orang yagng mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu,matanya pasti berkaca.kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
orang yang mencintai kamu selalu mengingati kata-kata yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya.berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya.dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa,tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
orang yang mencintai kamu selalu ingin berada didekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX nya. dan masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya ...


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home